Showing posts with label Keibubapaan. Show all posts
Showing posts with label Keibubapaan. Show all posts

Saturday, October 10, 2009

Melayari Internet Dengan Selamat Untuk Anak-anak

Melayari Internet Dengan Selamat Untuk Anak-anak

Bagi tujuan melindungi pelayaran Internet anda dan anak-anak anda, perkara berikut boleh dilakukan sebagai langkah-langkah perlindungan.

(1) Sila lawat http://safesurf.perempuanmelayu.info/ untuk pelbagai artikel dan panduan keselamatan Internet.

Jangan lupa bookmark ....

(2) Gunakan borang carian Google di laman web http://safesurf.perempuanmelayu.info/ untuk carian yang selamat untuk kanak-kanak. Ia telah dikonfigurasi untuk menggunakan teknologi Google SafeSearch. Ia tidaklah 100% berkesan, namun ia mampu mengasingkan kebanyakan laman web tidak bersesuaian.

(3) Anda perlu menggunakan kemudahan DNS OpenDNS http://www.opendns.com/ . Anda perlu daftar dan tukar konfigurasi kepada alamat ip OpenDNS. Anda juga perlu tukar maklumat akaun anda di OpenDNS untuk menapis laman web lucah.

Jika anda di pejabat. Kerja-kerja penapisan lebih mudah dengan menggunakan OpenDNS.

Satu lagi kemudahan DNS sebegini adalah ScrubIT http://www.scrubit.com/

(4) Perisian pelayar Internet Mozilla Firefox telah menyediakan koleksi add-ons dalam Firefox bagi tujuan keselamatan pengguna kanak-kanak di Internet.

Anda perlu muat turun dahulu Mozilla Firefox.

http://www.mozilla.com/

Selepas memasang pelayar Internet ini, sila tuju ke blog ini untuk maklumat lanjut add-ons yang perlu dipasang.

Family Organizer Firefox Add-ons Collection
http://safesurf.perempuanmelayu.info/2009/10/family-organizer-firefox-add-ons.html

Gabungan pelbagai langkah-langkah diharapkan dapat menghindar anak-anak anda daripada melawat laman web tidak bersesuaian.

Yang penting adalah tanggung jawab anda untuk sentiasa memeriksa apa yang dilawati. Gunakan kemudahan "History" untuk memeriksa laman-laman web yang dilawati dan pastikan anda sentiasa memerhati apa yang berlaku di skrin komputer anak anda.

Lagi Artikel untuk rujukan

http://blog.perempuanmelayu.info/2007/07/safe-surf.html

Tipswanita.com di Facebook
http://www.facebook.com/pages/Tipswanitacom/103694647063

Tindakan Hadapi Penyakit A H1N1 Selsema Babi (Swine Flu)
http://blog.perempuanmelayu.info/2009/08/tindakan-hadapi-penyakit-h1n1-selsema.html

Jadilah Hero Dengan Menderma Darah
http://untuklelaki.noorjannah.com/2009/01/jadilah-hero-dengan-menderma-darah.html

The Fibrocystic Breast
http://blog.perempuanmelayu.info/2009/08/fibrocystic-breast.html

Bacaan Untuk Pasangan Suami Isteri Yang Baru Mendirikan Rumah Tangga
http://tamanwangi.perempuanmelayu.info/2008/10/bacaan-untuk-pasangan-suami-isteri-yang.html

Persediaan Untuk Wanita Yang Ingin Mengandung
http://keluarga.noorjannah.com/2008/10/persediaan-untuk-wanita-yang-ingin.html

Laman penulis http://blog.perempuanmelayu.info/

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di

http://asia.groups.yahoo.com/group/tipswanita

atau hantarkan email kepada tipswanita-subscribe@yahoogroups.com

Pelbagai artikel, tips dan nasihat di

http://blog.perempuanmelayu.info/

Wassalam.

Kumpulan penulis Tipswanita.com, Noorjannah.com dan Perempuanmelayu.info

12 Oktober 2009

Hakcipta dituntut oleh penulis dan penyumbang Kumpulan penulis Tipswanita.com, Noorjannah.com dan laman Perempuanmelayu.info

http://www.perempuanmelayu.info/

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

--- Iklan ---

Making Money Online For Malaysian
http://cybermoney2u.blogspot.com/

Portal Tipswanita Untuk Wanita Malaysia
http://www.tipswanita.com/

Pakej Template Blog dan Laman web Murah
http://studi07.blogspot.com/

Friday, April 11, 2008

kemahiran keibubapaan - Bhgn 1

Banyak kajian keibubapaan menunjukkan bahawa sikap ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak semasa di rumah mempunyai kaitan dengan tahap pencapaian pendidikan anak-anak di sekolah. Kemampuan anak-anak untuk menunjukkan kecemerlangan dalam pelajaran sebenarnya adalah bergantung kepada galakan, bimbingan dan persekitaran yang kondusif yang disediakan semasa di rumah.


Ibubapa dan sekolah sama-sama berperanan

Kajian yang dijalankan oleh Plowden (1967) telah menyokong lagi pendapat ini dan membuat kesimpulan bahawa sikap dan perhatian ibu bapa semasa di rumah sebenarnya adalah penentu paling penting kepada kejayaan anak-anak di sekolah. Memang tidak dinafikan kejayaan pelajaran anak-anak bergantung kepada apa yang dipelajari dan diperolehinya di sekolah. Sungguhpun demikian, ada ketika dan peringkatnya kejayaan anak-anak ini sebenarnya lebih banyak bergantung sikap dan peranan yang dimainkan oleh ibu bapa.


Kemahiran Yang Perlu Ada

Banyak ibu bapa mengaku bahawa ia amat mengambil berat tentang pendidikan anak-anaknya. Tapi bagaimana? Biasanya kita hanya akan memberi galakan dan menyediakan apa yang diperlukan untuk menghadapi peperiksaan.

Pernahkah kita sama-sama dengan anak-anak turut menyelesaikan masalah pelajaran mereka? Duduk bersama-sama dengan anak memerhati dan berbincang mengenai pelajaran yang sedang diulangkaji. Ataupun, ibu bapa dapat menghayati dan memahami apa sebenarnya masalah anak-anak mereka.

Untuk kali ini, beberapa tips dan kemahiran disediakan kepada ibu bapa terutamanya dalam memberikan bimbingan dalam persediaan menghadapi peperiksaan semasa di rumah.



Ujian Pengukur Kejayaan Pelajaran

Ujian adalah satu bentuk pengukuran. Anak-anak kita perlu dimaklumkan mengenai apa sebenarnya ujian dan tujuan ujian. Pihak sekolah akan menggunakan keputusan ujian sebagai satu bentuk pengukuran terhadap kebolehan pelajar dan mencari jalan bagaimana untuk meningkatkannya.

Hasil daripada ujian tersebut juga, pihak sekolah dapat mengetahui mata pelajaran atau metod dan cara yang paling sesuai dalam kaedah pembelajaran. Ini dapat membantu pihak sekolah meningkatkan lagi mutu dan tahap pendidikan anak-anak kita.

Kebanyakan sekolah kini sudah memulakan ujian yang seragam bagi peperiksaan penggal atau semester mereka. Mereka menggunakan ujian yang sama untuk menguji kebolehan pelajar di beberapa sekolah di dalam beberapa daerah atau negeri. Oleh kerana para pelajar telah mengambil ujian yang sama ini membolehkan kemampuan seseorang pelajar dapat dibandingkan dengan pelajar yang lain secara lebih objektif.


Elakkan Perasaan Takut Terhadap Peperiksaan

Telah menjadi satu budaya kepada masyarakat di negara ini menduduki sebarang ujian adalah sesuatu yang menakutkan. Perkara ini seharusnya dielakkan dan ujian perlu dilihat sebagai suatu yang positif. Kajian menunjukkan bahawa pelajar yang bimbang terhadap sesuatu ujian cenderung untuk mengalami gangguan emosi dan psikologikal yang lain pula seperti bimbang sekiranya tidak mencapai kejayaan yang diharapkan.

Mereka bimbang dan takut mengenai masa hadapan serta apabila hendak berhadapan dengan keluarga, kawan dan lain-lain. Ini boleh menimbulkan perasaan rendah diri di dalam diri pelajar. Malah mereka yang tidak dapat mengawal emosi dan perasaan dengan baik, sanggup mengambil tindakan-tindakan lain sehingga boleh membahayakan diri mereka sendiri.

Anak-anak perlu diberitahui bahawa ujian atau peperiksaan ini sebenarnya satu cabaran bagi mencapai kejayaan dan bukannya sebagai satu fenomena yang boleh menimbulkan perasaan takut kepada kegagalan dalam diri para pelajar. Inilah sebahagian dari punca yang menyebabkan banyak terdapat pelajar-pelajar yang mudah merasa bimbang dan takut akan kemampuan dan kebolehan mereka.


Bagaimana Mengurangkan Perasaan Takut

Bagi mengurangkan perasaan takut dan kebimbangan di kalangan anak-anak , beberapa perkara boleh dilakukan oleh ibu bapa. Di antaranya ialah perlu mempastikan supaya anak-anak kita mempunyai masa rehat yang mencukupi beberapa hari atau minggu sebelum peperiksaan. Ini bertujuan bagi mengelakkan keletihan kepada minda anak-anak kita terutamanya semasa mendudukui peperiksaan.

Anak-anak hendaklah diingatkan bahawa proses belajar dan pembelajaran sebenarnya telah berlaku lebih awal. Elakkan anak-anak kita melakukan berbagai-bagai aktiviti termasuk mengulangkaji secara berlebihan dalam saat-saat terakhir sebelum peperiksaan.

Anak-anak kita hendaklah sentiasa diingatkan supaya memahami arahan yang diberikan oleh pemeriksa atau guru dengan teliti. Sekiranya mereka tidak jelas atau tidak faham, mereka hendaklah bertanya dan mendapatkan penjelasan dengan segera.

Sebagai penjaga, kita hendaklah mempastikan anak-anak kita mengetahui akan bentuk soalan peperiksaan yang akan diduduki sama ada berbentuk aneka pilihan, mengisi tempat kosong, soalan betul-salah atau soalan esei. Adalah lebih baik sekiranya dapat kita ingatkan anak-anak kita mengenai markah yang diperuntukkan kepada setiap soalan. Ini dapat membantu mereka untuk memberi penekanan yang sesuai semasa menjawab soalan-soalan yang berkenaan.

Popular Posts