Thursday, May 9, 2013

Insan Lilin - Sempena Hari Ibu

Insan Lilin - Sempena Hari Ibu

Dalam hidup kita pasti ada insan yang akan berkorban apa sahaja untuk kita. Masa, tenaga, harta dan dirinya adalah untuk kita. Banyak perkara yang dilakukan adalah untuk memastikan diri kita bahagia dan gembira.

Tiada apa dalam hidupnya hanya untuk melakukan yang terbaik yang dia boleh lakukan untuk kita. Bangun pagi hari, adalah untuk kita, berjalan dan berlari adalah untuk kita, makan dan minum itu pun adalah untuk memastikan dirinya sihat dan cergas untuk kita. Hampir semua dalam dirinya untuk kita.

Tidak pernah dia merungut, adakala dia berhenti hanya untuk menarik nafas panjang, menghilangkan penat. Namun dia tidak bosan... Tidak bosan untuk terus melakukan yang terbaik untuk kita. Tidak bosan untuk mendengar setiap kata-kata kita, setiap luahan kita dan setiap kata-kata itu penting baginya.

Baginya, melihat kita bahagia, gembira dan mencapai kejayaan itu cukup untuk bahagia dirinya.......

Malah bila sudah lama bersama, kita sendiri jadi lupa akan dia. Kita anggap mudah akan kehadirannya dan apa yang dilakukan olehnya. Malah dia kita jadikan "punching back" untuk kita melepaskan kemarahan dan apa jua yang kita rasa tidak puas hati. Kita dengan mudah tidak senang dengan apa jua tindakan dia, miskipun kita tahu ia adalah untuk kita. Kita anggap remeh dan kita anggap ia tidak lagi perlu.

Insan lilin tidak akan merungut, atau membalas atau membuat apa-apa tindakan yang lagi mengeruhkan keadaan. Sabar adalah prinsip hidupnya. Biarlah dimaki dan diherdik, biarlah dimarahi dan dimalukan dihadapan orang ramai sekalipun, Biarlah. Untuk pengorbanan yang ke sekian kalinya. Ia dimaafkan. Dia sering memaafkan kita. Kerana memaafkan orang lain itu juga adalah satu pengorbanan. Pengorbanan yang tidak berbelah bahagi untuk insan yang penting dalam hidupnya.

Pengorbanan adalah apabila tiada apa pada diri kita adalah untuk kita.

Namun, seperti orang lain juga, dia ada perasaan. Dia ada hati. Dia ada kehendak. Perkara-perkara  buruk dan sedih yang selalu disembunyikan untuk dikongsikan, terus dibiarkan sembunyi. Tidak apa pun dikongsikan tentang duka dan sakit dirinya, kerana matlamat hidupnya adalah untuk buat kita gembira. Berkongsi perkara sedih ditakuti hanya lagi membuat kita rasa sedih tiada kegembiraan.

Hatinya, sering sunyi. Mana hendak dicerita rasa dukanya. Mana hendak dicoret rasa sedih agar yang sebu dan sedu itu dapat diluahkan. Mungkin mungkin dalam diam, dia menangis. Mungkin mungkin dalam diam, hatinya pedih menahan sebak yang melanda dirinya. Tiada apa yang dapat dia buat melainkan, jadi kuat dan jadi tabah. Biarlah hati ini menanggung sendiri. Makan hati dan menjadi barah.

Sejauh manakah kita mengenali insan yang menjadi lilin kepada kita? Sejauh mana kita mengenali dia, mengetahui tindakan dia untuk kita. Sedalam mana kita dapat lihat pengorbanan yang dia lakukan untuk kita.

Ibu bapa kita, adalah insan lilin kepada anak-anaknya. Suami atau isteri adalah insan lilin kepada pasangannya. Sahabat kita, adalah insan lilin kepada kita. Pemimpin adalah insan lilin kepada orang ramai yang memerlukannya..

Dan diri anda sendiri  ......

Hafnie / Hafija

Hakcipta Terpelihara ....

9 Mei 2013 - versi 2 Sempena Hari Ibu

Ibu adalah ratu hatiku ....


Saturday, March 9, 2013

Ketawa Dalam Internet

Ketawa Dalam Internet

1. Ketawa orang kaya: Muahahhaahaha - Shukor selalu buat
2. Ketawa terbahak-bahak: Hark hark hark
3. Ketawa kebaratan: Ha ha ha ha ha
4. Ketawa sambil tutup mulut: Hi hi hi hi hi
5. Ketawa berdekah-dekah: Kah kah kah kah
6. Ketawa pontianak: Kih kih kih kih
7. Ketawa eksyen: Ek ek ek ek ek
8. Gelak besar: Muahhaaaaa *ketawa jin/setan*
9. Ketawa panjang: Ha ha ha ha ha ha * ambil nafas* ha ha ha ha ha ha ha
10. Ketawa orang sakit: Kih kih kih kih kih *cough* kih kih kih kih

11. Ketawa maut: Kih kih kih kih kih kih kih kih *kiok..............Neno, neno, neno (Bunyi ambulan)
12. Senyum: :)
13: Ketawa Double: :))
14. Sengih: :D
15. Ketawa kuat: LOL
16. Ketawa bergolek-golek: LOLROTFL
17. Ketawakan dia: He he he he he
18. Kekkekekekek = ek ek ek ek ek (cuma salah ejaan)
19. ahakz = ketawa jimat cermat
20. hahahaahahhaaaaaaampppppppeeeeeeeehhhhhhhh = ketawa tak ikhlas

21. heheh - hampir-hampir ketawa
22. kui kui kui - ketawa sambil batuk
23. hik hik hik - ketawa dalam mabuk
24. hek hek hek - ketawa ngada-ngada.
25. wakakakkakaka - ketawa berguling-guling cam tenggiling dalam piring
26. eh heh - ketawa sindir.
27. huargh huargh huargh!!! - ketawa sambil bermain ngan benda-benda tajam. (ketawa brutal)
28. ngee ngee ngee - ketawa sengih
29. kwah kwah kwaaahhhh kwahhhhh - Ketawa sambil lewa
30. ketawa perli : ahe ahe ahe ahe....

Sumber : Penulis Internet tidak diketahui nama (tahun 2002) .....

Tuesday, September 18, 2012

Jadikan Larangan Susu Lembu Sebagai Undang-undang

Petikan tujuan bantahan ini diterjemah secara santai ke bahasa Malaysia. Sila lawat laman utama untuk penerangan lanjut dan jelas :-

The government and relevant ministries: To make the 'Milk Code' a law in Malaysia http://www.change.org/en-GB/petitions/the-government-and-relevant-ministries-to-make-the-milk-code-a-law-in-malaysia

Kami sedang berjuang untuk melindungi penyusuan susu ibu daripada saingan syarikat-syarikat pengeluar susu formula/makanan bayi. Kerajaan Malaysia telah menyatakan pendirian positif tentang kebaikan penyusuan susu ibu, namun pada masa ini hanya mengeluarkan kod Etika Amalan secara sukarela untuk mengawal selia amalan pemasaran syarikat-syarikat demikian. Malaysia mempunyai kod etika amalan untuk pemasaran makanan bayi dan bahan berkaitan sejak tahun 1979 tetapi ia kerap tidak dipeduli oleh syarikat-syarikat pengeluar susu formula/makanan bayi.

Kami mahukan kerajaan buktikan pendirian dan menjadikan undang-undang dengan hukuman yang setimpal dalam melindungi keutamaan penyusuan susu ibu.

Adakah anda biasa dengan keadaan berikut ?
 
  • Ibu-ibu yang bersalin di hospital-hospital akan menerima contoh susu formula secara percuma.
  • Keahlian percuma bagi kelab ibu dan ayah syarikat pengeluar susu formula
  • Iklan botol susu dan puting botol susu dengan cadangan "Membolehkan bayi menghisap puting susu seperti puting dada ibu" (Allows baby to suckle just like mother's breast) dan "Disahkan secara perubatan dapat mengurangkan masalah kolik pada bayi baru lahir" (Medically proven to reduce collic in newborn).
  • Bungkusan susu formula menggunakan gambar bayi. Ini melanggar Kod Etika Amalan pemasaran syarikat-syarikat pengeluar susu/makanan bayi.

Sudah tiba masa Kod Amalan Etika ini dijadikan undang-undang Malaysia, kuatkuasa dalam mahkamah Malaysia dan pihak berkuasa.

Bantu kami menjadikan ianya undang-undang di Dewan Rakyat

Sila tanda tangan di sini

http://www.change.org/en-GB/petitions/the-government-and-relevant-ministries-to-make-the-milk-code-a-law-in-malaysia

Tuesday, July 26, 2011

Mencari Ladang Strawberi Di Kuala Lumpur

Mencari Ladang Strawberi Di Kuala Lumpur

Jika dicari memang tidak ada ladang strawberi di sekitar Kuala Lumpur, Malaysia. Pokok strawberi perlukan cuaca yang sejuk bagi pembesarannya. Selain di Cameron Highland, Pahang yang sememangnya terkenal dengan ladang Strawberi di Malaysia, terdapat ladang strawberi di Genting Highland, Pahang yang tidak jauh daripada Kuala Lumpur.

Itulah matlamat kami kali ini. Bagi mencari buah-buah strawberi yang merah masak ranum untuk dimakan dengan dicelup dengan cokelat cair. Nyum-nyum. 

Maklamat kami adalah untuk melawat ladang strawberi di puncak Genting. Bukan setakat ladang Strawberi malah ada ladang cendawan, Kebun bunga dan cafe untuk menikmati hidangan berasaskan strawberi. Fuh memang best.

Jadi apa lagi jom kita ke sana. Untuk ke sana sila rujuk alamat dibawah ini.

Genting Strawberry Leisure Farms

Genting Strawberry Leisure Farms Sdn. Bhd. (839816-K)
No.1, Lot 3707, Jalan Jati 2, 
Bandar Gohtong Jaya,
69000 Genting Highlands,
Pahang Darul Makmur. Malaysia.
Tel: + 603-6100 1121
Fax: + 603-6100 1135

Services Lines
Tel: + 603-6100 1152

dan laman web ladang strawberi ini :-


Rujukan perjalanan kami dan dikongsikan dengan anda.

Google Map untuk Genting Strawberry Leisure Farms


GPS Coodinate

3.39885, 101.76655 
+3° 23' 55.86", +101° 45' 59.58"

Rujukan Foursquare


Rujukan Gowalla



Saturday, October 10, 2009

Melayari Internet Dengan Selamat Untuk Anak-anak

Melayari Internet Dengan Selamat Untuk Anak-anak

Bagi tujuan melindungi pelayaran Internet anda dan anak-anak anda, perkara berikut boleh dilakukan sebagai langkah-langkah perlindungan.

(1) Sila lawat http://safesurf.perempuanmelayu.info/ untuk pelbagai artikel dan panduan keselamatan Internet.

Jangan lupa bookmark ....

(2) Gunakan borang carian Google di laman web http://safesurf.perempuanmelayu.info/ untuk carian yang selamat untuk kanak-kanak. Ia telah dikonfigurasi untuk menggunakan teknologi Google SafeSearch. Ia tidaklah 100% berkesan, namun ia mampu mengasingkan kebanyakan laman web tidak bersesuaian.

(3) Anda perlu menggunakan kemudahan DNS OpenDNS http://www.opendns.com/ . Anda perlu daftar dan tukar konfigurasi kepada alamat ip OpenDNS. Anda juga perlu tukar maklumat akaun anda di OpenDNS untuk menapis laman web lucah.

Jika anda di pejabat. Kerja-kerja penapisan lebih mudah dengan menggunakan OpenDNS.

Satu lagi kemudahan DNS sebegini adalah ScrubIT http://www.scrubit.com/

(4) Perisian pelayar Internet Mozilla Firefox telah menyediakan koleksi add-ons dalam Firefox bagi tujuan keselamatan pengguna kanak-kanak di Internet.

Anda perlu muat turun dahulu Mozilla Firefox.

http://www.mozilla.com/

Selepas memasang pelayar Internet ini, sila tuju ke blog ini untuk maklumat lanjut add-ons yang perlu dipasang.

Family Organizer Firefox Add-ons Collection
http://safesurf.perempuanmelayu.info/2009/10/family-organizer-firefox-add-ons.html

Gabungan pelbagai langkah-langkah diharapkan dapat menghindar anak-anak anda daripada melawat laman web tidak bersesuaian.

Yang penting adalah tanggung jawab anda untuk sentiasa memeriksa apa yang dilawati. Gunakan kemudahan "History" untuk memeriksa laman-laman web yang dilawati dan pastikan anda sentiasa memerhati apa yang berlaku di skrin komputer anak anda.

Lagi Artikel untuk rujukan

http://blog.perempuanmelayu.info/2007/07/safe-surf.html

Tipswanita.com di Facebook
http://www.facebook.com/pages/Tipswanitacom/103694647063

Tindakan Hadapi Penyakit A H1N1 Selsema Babi (Swine Flu)
http://blog.perempuanmelayu.info/2009/08/tindakan-hadapi-penyakit-h1n1-selsema.html

Jadilah Hero Dengan Menderma Darah
http://untuklelaki.noorjannah.com/2009/01/jadilah-hero-dengan-menderma-darah.html

The Fibrocystic Breast
http://blog.perempuanmelayu.info/2009/08/fibrocystic-breast.html

Bacaan Untuk Pasangan Suami Isteri Yang Baru Mendirikan Rumah Tangga
http://tamanwangi.perempuanmelayu.info/2008/10/bacaan-untuk-pasangan-suami-isteri-yang.html

Persediaan Untuk Wanita Yang Ingin Mengandung
http://keluarga.noorjannah.com/2008/10/persediaan-untuk-wanita-yang-ingin.html

Laman penulis http://blog.perempuanmelayu.info/

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di

http://asia.groups.yahoo.com/group/tipswanita

atau hantarkan email kepada tipswanita-subscribe@yahoogroups.com

Pelbagai artikel, tips dan nasihat di

http://blog.perempuanmelayu.info/

Wassalam.

Kumpulan penulis Tipswanita.com, Noorjannah.com dan Perempuanmelayu.info

12 Oktober 2009

Hakcipta dituntut oleh penulis dan penyumbang Kumpulan penulis Tipswanita.com, Noorjannah.com dan laman Perempuanmelayu.info

http://www.perempuanmelayu.info/

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

--- Iklan ---

Making Money Online For Malaysian
http://cybermoney2u.blogspot.com/

Portal Tipswanita Untuk Wanita Malaysia
http://www.tipswanita.com/

Pakej Template Blog dan Laman web Murah
http://studi07.blogspot.com/

Monday, December 1, 2008

Menjaga Sistem Penghadaman Anda

Menjaga Sistem Penghadaman Anda

http://www.tipswanita.com/Health/Menjaga_Sistem_Penghadaman_Anda/

Buang air sama ada kecil atau besar, berpeluh dan bernafas merupakan proses dalam badan manusia bagi membuang toksin-toksin yang tidak dikehendaki. Saluran penghadaman sepanjang 9 meter merupakan jalan utama bagi pembuangan sisa-sisa pepejal dan toksin yang turut meliputi saluran usus kecil dan besar.

Usus besar memainkan peranan sebagai tempat simpanan akhir bagi makanan yang tidak dihadam oleh usus kecil. Himpunan sisa makanan ini perlu dikeluarkan dengan segera kerana ia boleh menjadi sisa toksin kepada badan. Perut buncit merupakan tanda-tanda peningkatan sisa-sisa makan dalam usus manusia.

Seperti paip air yang semakin tersumbat begitu juga dengan usus badan manusia apabila semakin meningkat usia, sisa makanan akan tertinggal dan berkumpul dalam usus manusia. Malah ia turut melibatkan tanda-tanda seperti sembelit, rasa sebu perut, tidak hadam, nafas berbau, badan berbau, kulit tidak bermaya dan cepat penat.

Untuk membuat ukuran perut sama ada buncit atau tidak adalah dengan menggunakan formula ratio ukuran pinggang dan peha. Dapatkan ukuran pinggang dalam centimeter (cm) dan ukuran peha juga dalam cm. Bahagikan ukuran pinggang dengan ukuran paha.

Sekiranya hasil bahagi adalah melebihi 0.95 bagi lelaki dan 0.85 bagi perempuan. Maka ia menunjukkan anda buncit.

Bagi mengurangkan ukuran perut, permakanan perlu dijaga. Menambahkan pengambilan fiber atau serat merupakan salah satu cara untuk mempercepatkan aliran keluar sisa makan keluar dari badan. Sila rujuk link dibawah untuk makluman tentang fiber

http://wanita.perempuanmelayu.info/articles/fiber.php

Tanpa fiber atau serat dalam pemakanan akan menyebabkan perjalanan sistem penghadaman tubuh badan manusia menjadi tidak teratur dan menjadi punca pelbagai masalah dan penyakit kepada usus terutamanya usus besar. Ia merupakan diet utama dalam menu permakanan kita.

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan punca fiber yang utama dan sering diabaikan. Pengambilannya bukan sahaja menjadi sumber fiber malah ia adalah langkah yang baik dalam meningkatkan taraf kesihatan seseorang. Kajian telah mendapati pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran 5 ke 9 hidangan sehari mampu meningkat taraf kesihatan malah ia sepatutnya menjadi asas utama menu pemakanan.

Selain dari fiber mengambil susu probiotics (susu kultur) boleh meningkatkan bakteria baik dalam usus manusia. Ini membantu proses penghadaman dan mengurangkan toksin bakteria tidak baik dalam usus manusia. Ia turut mengelakkan masalah sembelit dan cirit-birit.

Air merupakan unsur utama dalam membuang toksin dan menlancarkan proses penghadaman. Pastikan anda sentiasa minum air kosong lebih kurang tujuh gelas sehari.

Bersenam sepatutnya menjadi asas utama bagi penjagaan kesihatan. Dengan bersenam bukan sahaja mengeluarkan peluh yang membuang sisa toksin malah senaman membuat sistem penghadaman sihat dan aktif. Senaman merupakan unsur sihat yang membuat aliran makanan dalam perut bergerak dengan baik dan ini membantu proses penghadaman. Memang terdapat pendapat, selepas makan digalakkan berjalan-jalan bagi memudahkan perjalanan makanan yang sedang dihadam.

Tidur yang cukup waktu malam adalah penting bagi badan. Tidur membolehkan badan menjalankan kerja-kerja membaiki badan dan juga membuang sisa toksin. Minum air masak sebelum tidur bagi membantu proses buang toksin.

Ambil langkah untuk mengurangkan stres dan tekanan hidup. Stres boleh menyebabkan gangguan kepada perut dan saluran penghadaman. Senaman adalah antara cara untuk mengurangkan stres dan tekanan hidup.

Ringkasnya :-

- Lakukan program buang toksin selama 7 hari untuk mendapatkan hasil yang baik.
- Pilihlah program buang toksin yang membersihkan usus dan menyihatkan hati.

Rujukan lain

Nyah Toksin Badan Anda
http://blog.perempuanmelayu.info/2006/05/nyah-toksin-tubuh-anda-detox-your-body.html

Tomato Sebagai Sumber Anti Oksidant
http://blog.perempuanmelayu.info/2007/06/tomato-sumber-anti-oksidant-yang.html

Kempen Makan Nasi Separuh
http://blog.perempuanmelayu.info/2008/04/kempen-makan-nasi-separuh.html

Fiber Satu Keperluan Badan Yang Diabaikan
http://blog.perempuanmelayu.info/2006/05/fiber-satu-keperluan-badan-yang.html

Menulis Untuk Menjadi Kaya
http://cybermoney2u.blogspot.com/2008/07/menulis-untuk-jadi-kaya-2.html

Tapisan Web Untuk anak-anak
http://safesurf.perempuanmelayu.info/

Laman penulis http://blog.perempuanmelayu.info/

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di

http://asia.groups.yahoo.com/group/tipswanita

atau hantarkan email kepada tipswanita-subscribe@yahoogroups.com

Pelbagai artikel, tips dan nasihat di

http://blog.perempuanmelayu.info/

Wassalam.

Kumpulan penulis Tipswanita Noorjannah.com dan laman perempuanmelayu.info

29 Nov 2008

Hakcipta dituntut oleh penulis dan penyumbang Kumpulan penulis Tipswanita dan laman perempuanmelayu.info

http://www.perempuanmelayu.info/

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

--- Iklan ---

Making Money Online For Malaysian
http://cybermoney2u.blogspot.com/

Direktori Artikel Untuk Wanita Melayu dan English
http://www.tipswanita.com/

Archive artikel sebelum ini

Persediaan Untuk Wanita Ingin Mengandung
http://keluarga.noorjannah.com/2008/10/persediaan-untuk-wanita-yang-ingin.html

Tuesday, November 18, 2008

Ujian Penglihatan Jarak Dekat


Ujian Penglihatan Jarak Dekat

Carta Penglihatan Dekat boleh dimuat turun dalam bentuk PDF di

http://asia.groups.yahoo.com/group/tipswanita/files/mata/

atau

http://groups.google.com.my/group/tipswanita/files

dengan nama fail ujian-mata-dekat.pdf

  • Besarkan Muka Surat ini zoom 100%
  • Uji pada jarak 40 cm
  • Uji sebelah mata satu persatu

Jika anda tidak dapat melihat barisan terakhir,
sila dapatkan pemeriksaan doktor.

Sumber carta : Sebaran Diabetik Retinopati, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ia telah disalin menggunakan “scanner” dan mutu tidak dijamin sebaik cetakan atas kertas. Ini hanya untuk pengetahuan amm dan demo sahaja dan tidak boleh dijadikan ukuran sebenar.

http://www.tipswanita.com/

Barisan barisan terakhir sepatutnya dibaca
NZNRFCTV

-----

Menulis Untuk Menjadi Kaya
http://cybermoney2u.blogspot.com/2008/07/menulis-untuk-jadi-kaya-2.html

Tapisan Web Untuk anak-anak
http://safesurf.perempuanmelayu.info/

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di


http://asia.groups.yahoo.com/group/tipswanita

atau email kepada tipswanita-subscribe@yahoogroups.com

Wassalam.

Kumpulan penulis Tipswanita dan laman perempuanmelayu.info

18 Nov 2008

Hakcipta dituntut oleh penulis dan penyumbang Kumpulan penulis
Tipswanita dan laman perempuanmelayu.info

http://blog.perempuanmelayu.info/

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

Archive

http://www.tipswanita.com/Health/Ujian_Penglihatan_Jarak_Dekat/

Popular Posts